WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken berkata, sekutunya Israel masih belum memaklumkan kepada AS tarikh pencerobohan mereka ke atas Rafah, namun, beliau, menjangkakan pentadbiran Presiden Joe Biden akan bertemu "rakan sekerja Israel lagi minggu depan" untuk perbincangan mengenai isu itu.

“Presiden sangat jelas tentang kebimbangan kami, kebimbangan mendalam kami tentang keupayaan Israel untuk memindahkan orang awam keluar dari bahaya… menjaga mereka sebaik sahaja mereka keluar dari bahaya dan mengadakan apa-apa jenis operasi ketenteraan besar yang tidak mendatangkan hasil… bahaya sebenar kepada orang awam, kepada kanak-kanak, kepada wanita, kepada lelaki,” kata Blinken dalam sidang akhbar di Jabatan Negara bersama Setiausaha Luar United Kingdom, David Cameron di sini, pada Selasa.

Mengulas mengenai kemungkinan masa operasi di Rafah, Blinken berkata, beliau tidak menjangkakan "apa-apa tindakan akan diambil" sebelum perbincangan AS dengan Israel di Rafah minggu depan, sambil menambah: "Saya tidak nampak apa-apa yang akan berlaku."

Blinken berkata, AS sedang bercakap dengan Israel mengenai "alternatif" kepada pencerobohan ke bandar Gaza selatan yang akan lebih berkesan untuk "menyelesaikan masalah yang perlu diselesaikan, tetapi melakukannya dengan cara yang tidak membahayakan orang yang tidak bersalah."

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Isnin mengumumkan tarikh pencerobohan oleh tentera Israel ke Rafah telah ditetapkan, namun, beliau tidak mendedahkannya. - CNN